Thursday, 3 October 2013

Andainya Kau Tahu !









Andainya KAU Tahu
Apa yang ada di dalam HATIKU
TERSIMPAN takkan pernah BERUBAH

Andainya KAU tahu
Apa maksudku lafazkan CINTAKU PADAMU
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya KITA masih BERSENGKETA

DEMI CINTAKU, DEMI CINTAMU jangan biarku TERSEKSA
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya SATU CINTA

TAKKAN TERPISAH
TAKKAN TERPISAH

Andai ku TAK MAMPU
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi HATI belum ada KEPASTIAN
OhHH mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

DEMI CINTAKU ,DEMI CINTAMU jangan biarku TERSEKSA,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

TAKKAN TERPISAH
TAKKAN TERPISAH

DEMI CINTAKU 
DEMI CINTAMU.

DEMI CINTAKU ,DEMI CINTAMU jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta...

TAKKAN TERPISAH
TAKKAN TERPISAH

ANDAINYA KAU TAHU APA YG ADA DIDALAM HATIKU 

Bila laa Dapat Kembalikn DIA Yang Dulu Penuh Dgn Kelembutan ,Atas Nama Allah Aku Rindukn Awak Yang Dulu 

Friday, 5 April 2013

Kekuasaan Allah Swt !!

Mengapa Air Telinga Pahit Rasanya?
Mengapa Air Mata Asin Rasanya?
Mengapa Air Liur Tawar Rasanya?

Sudah merupakan ketentuan Allah Subhaanahu Wata’aala bahwasannya air telinga itu pahit rasanya. Fungsinya adalah agar hewan-hewan kecil tidak mudah masuk ke dalam rongga telinga. Setiap kali ada hewan kecil yang berusaha masuk ke dalamnya, pastilah ia akan segera berbalik mencari jalan keluar.

Allah menciptakan air mata rasanya asin, tujuannya agar dapat menjaga kesehatan mata, sebab lemak yang ada pada mata mudah sekali rusak, maka air matapun diciptakan asin untuk memelihara keduanya.

Dan Allah menciptakan air liur itu rasanya tawar agar dapat mencicipi berbagai jenis rasa sesuai dengan rasa aslinya. Sebab, bila rasanya tidak tawar, tentunya setiap rasa akan berubah. Misalnya orang yang air liurnya menjadi pahit karena penyakit, maka segala sesuatu yang dicicipinya menjadi pahit, padahal sebenarnya tidak pahit.

Seorang penyair berkata :
Siapa saja yang air liurnya pahit karena sakit
Maka air tawar akan terasa pahit baginya

(Keajaiban-keajaiban Makhluk Dalam Pandangan al-Imam Ibnul Qayyim, Pustaka Darul Haq)

Monday, 11 February 2013

Idolaku :)


Amalan Terpuji Seorang Peniaga Tidak Kedekut Dan Bermurah Hati Untuk Bersedekah Kepada Yang Tidak Berkemampuan ,Jangan Tamak Dan Tidak Amanah Dalam Berniaga !
Zainuddin B Mohd Ali


(Kerana Rezeki Itu Datangnya Dari Allah)

Sunday, 30 December 2012

Mukjizat Al-Quran Nur Karim ♥

10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara;

1. Surah Al-Fatihah
mencegah kemarahan Allah SWT.

2. Surah Yasin
mencegah kehausan di hari kiamat

3. Surah Ad Dukhan
mencegah kesusahan di hari kiamat.

4. Surah Waqi’ah
mencegah kefakiran.

5. Surah Al Mulk
mencegah seksa kubur.

6. Surah Al Kautsar
mencegah permusuhan.

7. Surah Al Kafirun
mencegah kekufuran ketika dicabut roh.

8. Surah Al Ikhlas
mencegah kemunafikan.

9. Surah Al Falak
mencegah iri hati seseorang.

10. Surah An Nas
mencegah was-was.



(SubhanAllah ,Ini Yg Berlaku Di Negara Arab)

Cuti-Cuti Malaysia 2012 ♥

Assalamualaikum Semua :D
Haih ,da lame ta update blog !Hee .
Harini Fiq nak kongsi bersama korang percutian yg menghuburkan bersama keluarga !Haha .
pada 25/12/2012 bermula laa perjalanan berkonvoi sebanyak 4 buah biji kereta ke kelantan pada pukul 2 ptg ,selama mana tempuh perjalanan tu mcm2 dugaan kami tempuhi terutamanya aku sendri ,takan dapat lupakan hampir2 nak bertembung dgn kereta sbbkan elak lubang ,baka kata pakcik kalau tak jalan da !haha ,alhamdulillah dipanjangkan umur :)pada kilometer 116 ke kota bharu berlakunya tragedi apabila keta yg aku naiki tayar pecah(bak kata ore kelate 2 butih)Haha .
Tidak disangka akibat jalan yg teruk di gua musang ,tayar pecah secara tbe2 ,dalam keadaan panik nasib baik laa ada pakcik2 yg berpengalaman ,selepas mengambil mase dekat 1 jam jack n tuka tayar dalam keadaan hujan akhrinya sempurna menukar tayar spare !selepas beberapa KM berjalan ,tayar spare pulak pecah sebanyak 3 kali ,dugaan memang hebat ,akhirnya mengambil keputusan utk tggalkan kete sbb tayar spare tuk ke 3 3 alza da habis ,nasib baik laa ada abe yg sudi menolong kami dgn towing kete !Alhamdulillah Selepas 15 jam ,pada pukul 4,43 pg akhirnya sampai juga selising pasir putih .Haha .serik da nak jalan ikot gua musang kata dorg !Haha .
Drive 15 jam pecah rekod !
(Kenangan terindah)

Dengan Berbekalkan Rehat 3 4 jam sbb masing2 tidur lepas subuh pukul 10 pg pengembaraan ke kota bharu pon bermula ,pergi pasar siti khadijah utk makan tgh hari ,terkejut melihatkan suasana disana sbb ta pernah pergi ,15 tahun tak pergi kelantan :)
masing2 habis borong lg2 keropok utk dibawa balik ke KL !
Penuh Kereta masing2 dgn keropok lekor ,losong ,durian ,rambutan n bagai2 .

(Pintu Masuk)

(Suasana Dari Atas)


(Rm30 Sekor )

(mak ,ridzwan,athirah &muhaimin )

(sonok layan budak tecik nieyh)

(Bukit Grik)

(Smile)

(My lovely Sis With Muhaimin)


(Kedah)

(Ridzwan Zainuddin)
(Sesi Melantak & Borong)
( Kokdiang Nahh )

Border Pass At Padang Besaq
(Unit Penyeledupan Perdagangan)

Sg Perak
(Sungai Yg Memisahakan Perak Dengan Kedah)
Anyway ,5 negeri destinasi(kelantan,penang,kedah,perak &perlis) yg menyeronokan :)
4 Hari Bercuti Bersama Keluarga Tersayang Memang Menyeronokan !
Tahun Depan Sabah ♥
Kesempatan Ini Ingin Mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 !
Sekian






Truth ♥

Ungkapan yang selalu diungkapkan seorang anak kepada ibunya;

"Mak, saya lapar..."
"Mak, mana baju saya...?"
"Mak, boleh tak saya......"
"Mak, makan malam dah siap ke?"
"Mak, saya tak jumpa la......"
"Mak, nak beli tu boleh?"

Ungkapan yang biasa diungkapkan anak kepada ayahnya;

"Ayah, mak mana?"

Psst: Semua benda cakap dengan mak sebab rasa takut dengan ayah. Selalunya ianya terjadi pada anak-anak lelaki sahaja kerana lelaki lebih manja pada ibunya manakala wanita lebih manja kepada ayahnya.



( My Strength )

Sunday, 18 November 2012

Masih Mengharap Erti Cinta ♥


Nadiah Aqilah Bajuri-Akan Ku Jumpa

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku 
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku kau kan kutemui 


Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia


Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu 
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka

Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu 


Ku meneruskan langkahku
Dan mengejar bayang-bayangMu
Sinarkanku cahaya dari mataMu 


Inginku temu cinta
Mengisi ruang hatiku
Takkan pernahku berhenti mencari

Thursday, 19 July 2012

Ramadhan Ya Ramadhan !♥


Assalamualaikum Saudara Saudari Semua !
Selamat Tinggal Syaaban ,Selamat Datang Ramadhan ,Alhamdulillah Masih Berkesempatan Merasai Kenikmatan bulan Ramadhan Tahun Nieyh ! :)
Hope You All Berada Dalam Keadaan Sihat & Bersedia Utk Menghadapi Kewajipan Puasa Di Bulan Ramadhan ,InsyaAllah :)
Alhamdulilllah ,Bermula lah Episod Bulan Ramadhan Tahun Nieyh Yg Jatuh Pada 21/07/2012 Iaitu Sabtu ..
Diharapkan Dapat Puasa Penuh Tahun Nieyh ,Amin!
"Wahai orang-orang yang beriman wajib keatas kamu berpuasa sebagaimana* *wajib keatas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."( Surah Al-Baqarah :183 )*

Ta Byk Ckp lah Ye ,fiq Tinggalkan Tuk Korang Niat Puasa Dan Ganjaran Yg Bakal Diperolehi 



( Ganjaran Yg Bakal Diperoleh )


(Niat Puasa)

P/s;Ku Megharapkan Ramadhan Kali Ini penuh Makna Agar Dapat Ku Lalui Dgn Sempurna ,Amin ♥

Monday, 25 June 2012

Knowledge For Women :) 50 Fakta Tentang Lelaki !!♥





1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan​ tekaan mereka seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.


p/s:33 Berkait Dgn Aku Sekarang  :D

Thursday, 21 June 2012

Ujian Diri !

KORANG yang mane ??

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah**
Saya Tanah !!!

Friday, 25 May 2012

Suburkanlah cinta kami kepadaMU ♥



ALBUM:SYUKUR 21
RAIHAN -IKTRAF


Wahai TUHAN...
Ku tak layak ke syurgaMU...
Namun tak pula
Aku sanggup ke nerakaMU...
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya ENGKAUlah pengampun dosa-dosa besar...
ILAHI LASTU LIL FIRDAUSI AHLAA
WA LAA AQWA 'ALAANAARIL JAHIIMI
FAHABLI TAUBATAWWAGHFIR ZUNUUBI
FA INNAKA GHOFIRUDZ ZAMBIL 'AZHIIMI
Dosa-dosaku ,
 Bagaikan pepasir di pantai..
Dengan rahmatMU ampunkan daku
OhHh TUHANku...
Wahai TUHAN selamatkan kami ini... 
Dari segala 
Kejahatan dan kecelakaan... 
Kami takut... 
Kami harap... 
KepadaMU... 
Suburkanlah cinta kami kepadaMU...
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMU..

Says;Sudah Lame Aku Cari Lagu Nieyh ,Then Bila Jumpa Agaknya Dah Beratus2 Kali Aku Ulang Sbb LaguNYA Mmg Sedih Pedih :'(
Menyesal Dgn Dosa & Kejahatan Yg Dilakukan Sebelum Nieyh !
Enjoy Saudara Saudari Cikaboom -cikaboom :D

Akulah Insan Yg Berjuta Dosa :'(

ANDAI AKU DI SISI-MU

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Hafiz Hamidun

Pada-Mu saja.. aku mengadu
Resah gelora.. yang menghempas kalbu
Terasa berat.. namun apa daya ku luahkan..
Walau sarat.. terasa malu pada-Mu..

Akulah insan.. yang berjuta dosa..
Tiada mengenang.. erti kesalahan
Berkali-kali.. terus masih terulang segala..
Kesilapan.. meski ku tahu pedihnya..

Chorus

Masihku disini.. terantai nubari..
Detik nadi bagaikan terhenti..
Andai aku di sisi rahmat-Mu..
Berhakkah ku ulang masa lalu..

P/S;Lagu Keinsafan Yg Benar2 Menyentuh Hati :'(
Semangat Tuk Aku Kekal Berubah ,InsyaAllah !!! :)

Friday, 4 May 2012

Bila Lelaki Serius Dalam Percintaan :D


Kecantikan kamu diketepikaN,keikhlasan kamu diutamakan!Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah..

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

p/s:
 "HARGAILAH Lelaki dan TERIMALAH mereka seadanya, Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI"
"Kamu(NAS) Buat Saya Bahagia"

Tanda2 Lelaki Menyukai Seorang Wanita ♥



Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.

1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.

3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya



"Kau Bukan Yg Pertama Ingin Ku Cari Tapi Yg Terakhir Ingin Ku Miliki"

Friday, 27 April 2012

Fact About My Self :)

1.Tidur Tak Pernah Pakai Kipas. o.O
2.Kalau Sudah Pakai Tisu Mesti Buang Merata2.Hehe .
3Kejut Orang Just Goyang Kaki Je.Alahai Sopannyee :D
4.Pakai Kasut Bermula Belah Kanan Walhal fiq Kidal :)
5.Mandi Macam Perempuan ,Tak Pernah Kurang Dari 10Minit.
6.Pusar Ada 2 Sbb Fiq Mmg Nakal Sgt Kot.Haha .
7.Susah Nak Miss Bangun Pagi Kerna Menurut Imam Ghazali Ditegaskan Jangan Tidur Selepas Subuh Kerna Sukar Pintu Rezeki Kita Nak Masuk :)
8.Tidur Seperti Mayat ,Macam Mana Tidur Mcm Itulah Bangun.Huhu.
9.Tak Pernah Miss Bace Akhbar Kosmo!
10.Penyabar Tahap Gaban ,Tp If Ada Masalah Akan Dilepaskan Dgn Futsal Or Bola 


P/S:PECAH TEMBELANG :D

Saturday, 21 April 2012

Doa Jatuh Cinta

Doa Jatuh Cinta

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Ya Hafiizh..,jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Mujiibu..!
Jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam JURANG CINTA
Ya Baarii…,
jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu….
Ya Jaami’u…,
jika aku rindu, rindukanlah pada seseorang yang merindui
syahid di jalanMu…
Ya Khobiiru…,
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu…
Ya Wahhaabu…,
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Aziizu…,
jika aku jatuh hati pada kekasih Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke
pada Mu….
Ya Haadiy…,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampai batas, sehingga melupakan aku pada cinta-
hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Ya ‘Aliimu…,
Engkau mengetahui bahwa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, dan telah terpadu dalam membela syariatMu, penuhilah hati-hati ini dengan nurMu,
yang tidak pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan…
Aamiiin yaa rabbal ‘aalamiin.
Semoga Doa ini bermanfaat untuk anda yang sudah Rindu pendamping Hidup..
Jangan Lupa selalu memohon kepada Allah SWT...

p/s;Ku Berserah Soal Jodoh KepadaMU Ya Allah :)
Ada2 ,Tiada2 Tp Sy Tetap Menunggu Kamu,Kamu Dan Kamu ..

Down :'(


Ya Allah Kenapa Aku Rasa Diri Aku Tak Kuat Sejak2 Nieyh :'(
Hamba Minta Maaf Sekiranya Hamba Ini LupakanMU,Terpengaruh Dgn Kelekaan Dan Kelalaian Dunia ,Kau Ampunkan Lah Dosa2 Kami(Keluarga&Saudara Sesama IslamKU)
Kau Bimbing Lah Diriku Ke Jalan Yang Kau Redhai Dan Tetapkan Lah ImanKU!!!
Aku Cuma HambaMU Ya Allah Yg Menjalankan Kewajipan Di Dunia Sebagai Bekalan Di Akhirat Kelak :/
Dugaan&Ujian Aku Tempoh Dengan Rela&Pasrah Kerana Segala Kejadian Pasti Ada HikmahNYA!
InsyaAllah ,Andai Aku Dipanjangkan Umur Ku Mohon Padamu Kejayaan Didunia&Akhirat Begitu Juga Adik Beradik Ku !!!
~AFGHAN-PADAMU KU BERSUJUD~

Esok ataukah nanti


Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku memintaKau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud..

CINTA pada BUNGA akan LAYU,
CINTA pada MANUSIA akan TERPISAH,
CINTA pada ALLAH yang KEKAL ABADI...

p/s;Tadi Dahi Kita Berdenyut2 :'(

Thursday, 19 April 2012

Tanda Si Dia Menyukai Anda ♥


Untuk mengetahui seseorang perempuan/lelaki itu menyukai seseorang amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri.


1. Dia sering membuat ‘eye contact’ dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.



2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar, sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.


3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.


4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya ‘body contact’ dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.


5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, “adalah…” sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda.


6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.


7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.


8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan “bosannye…..” atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan “saya belanja”.
.
9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang ‘stalker’!


10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda.


11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.

P/S;Aku Tahu Yang Kau Tak Suka Aku ,Nevermind !Tak Salah Kalu Kita Berusaha Walaupun Aku Mengerti Mungkin Kau Tidak Akan Terima Aku :)Tapi Aku Still Akan Menunggu Dan Berharap Padamu
Berdoa+Berusaha=Tawakal ♥
Ada -Ada ,Tiada -Tiada :/