Friday, 20 January 2012

Kahwin Muda !

Haa,petang2 mcm nieyh mai aku cite dekat korang pasal perkahwinan muda.Haha.aku target kahwin umur 28-32 kot if jodoh awal kahwin laa awal sbb byk manfaat dan kebaikan dia sebenarnya so aku share dekat korang pasal kahwin muda nieyh:
  • Perkahwinan tak susah dan tak mudah



  • Perspektif ibubapa bila anak nak kahwin semasa usia muda: Pelajaran terabai, Nak tanggung macam mana anak bini.



  • Oleh itu: ubah persepsi ibu bapa dengan buktikan bahawa kita mampu untuk menghadapi semua ini dengan persediaan.Contoh: Mendapat kecemerlangan dalam pelajaran, ada tabungan sendiri.



  • Persediaan mesti cukup: Persediaan mental,fizikal dan emosi: Mesti BANYAK SABAR!



  • Persediaan cukup berat: Pikul tanggung jawab besar bila kahwin



  • Cinta yang dibuat atas dasar suka-suka maka ia di ambang BAHAYA



  • Kalau serius maka tunjukkan serius dengan memecahkan perspektif ibu bapa seperti yang diterangkan diatas.



  • Terdapat sesetengah orang yang bercinta sebab ikut-ikut ataupun Emosi tak matang yang mana terlalu bergantung pada orang untuk buat keputusan.Maka ia memilih untuk bercinta supaya di `support`.Orang yang sensatif juga begitu.



  • Perkahwinan perlu mendapat restu mak dan ayah dalam mendapat keberkatan.



  • Matang awal adalah digalakkan berkahwin awal.Matang di sudut emosi,fizikal dan mental.



  • Paling mustahak adalah matang dari segi EMOSI.

(Gambar Hiasan) 
Majoriti cukup bersetuju bahawa perkahwinan itu satu jalan ingin mengelakkan maksiat dan Zina.Perkahwinan juga adalah tentang komitmen terhadap pasangan.Bagi mereka yang ingin berkahwin awal maka persediaan perlulah dibuat dari sekarang.Menyimpan laa awal2 walaupun anda masih di tahun 1.


Berapa ramai yang bercerai dan diceraikan kerana perilaku sendiri.Sikap bengis,panas baran mestilah diturunkan.Perkahwinan adalah ketenangan bagi mereka yang sekufu.Ego dan perilaku buruk bakal merosakkan rumah tangga .Kesimpulannya kahwinlah awal jika sudah cukup persediaan dan mendapat restu ibu bapa.



Ingatlah jangan cemari perkahwinan yang mulia dengan cerai.Hormat menghormati saling hargai menghargailah sesama pasangan.Pujian pasti menaikkan seri rumah tangga.InsyAllah !



Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " - HR . Ibnu 'Addi -

No comments:

Post a Comment