Friday 24 February 2012

4 Tips Mencapai Tahap Kesihatan Optimum :)


4 Tips Mencapai Kesihatan Optimum !
Assalamualaikum :)
Entry kali nieyh nak share dgn korg pasal kesihatan ,Haa sesape yg chubby2 n tembam tu bole laa amek tips2 nieyh tuk diamalkan!InsyAllah t Sihat tubuh badan n dapat berat badan yg ideal dan diidamkan!
Mcm fiq tinggi 181cm berat pulak 73kg so kira sihat laa.Hehe.
Moh lee kita tgk ape isi yg terkandung dekat bwh nieyh! 
Setiap orang mengimpikan tubuh badan yang sihat. Tanpa tubuh badan yang sihat, kita akan mengalami masalah dalam memuatt sesuatu kerja. Namun, pada hari ini masyarakat terutamanya tidak ambil peduli dalam penjagaan kesihatan. Bagaimana nak mencapai tahap kesihatan yang optimum?
Ada 4 perkara penting untuk mendapatkan kesihatan optimum pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.
Pemakanan – semua orang tahu yang kita kena makan makanan seimbang agar kita mendapat nutrien yang diperlukan. Sekiranya nutrien yang diperolehi dari makanan tidak mencukupi.kita disarankan perlu mengambil pemakanan tambahan atau suplemen. Kita tahu yang kekurangan nutrien yang diperlukan tubuh akan mengundang pelbagai penyakit. Namun, kerana sibuk bekerja, ramai di antara kita kata tak pa lah. Kita ingin percayai yang kita akan OK, tak akan dapat penyakit kritikal macam orang lain.

Bersenam? Sama juga, tiada rahsia – semua orang tahu bersenam tu perlu untuk menjamin kesihatan kita. Semua orang percaya senaman tu baik untuk kesihatan. Senaman boleh mengekalkan kesihatan jantung, organ tubuh kita yang terpenting. Tapi kenapa kita tidak mempunyai komitmen untuk bersenam. Mari kita renungkan bersama kenapa kita MALAS bersenam. Tanya KENAPA sekurang-kurangnya 5 kali dan lihat apa yang timbul. Kemudian buatlah keputusan, nak bersenam atau tidak. Jika sudi, kongsilah dengan para pembaca apa yang diperolehi dari muhasabah tersebut.
Yang ketiga ialah rehat yang cukup. Ini pun semua orang tahu – bukan rahsia. Kita kena tidur secukupnya, tapi kadang-kadang (lebih ke arah selalu), siaran TV seperti Liga Perdana Inggeris lebih penting dari tidur. Melayari Internet lebih penting dari tidur. Tidur boleh MEMULIHKAN OTAK. Saya pun kadang-kadang terfikir, mana lagi penting – memulihkan otak atau terujakan diri dengan siaran langsung Liga Perdana Inggeris.
Perkara keempat – sikap mental.ada kaitan antara tindakbalas tubuh kita dengan fikiran kita. Kaau kita mengambil sesuatu sebagai masalah, kita akan stres. Stres akan membawa kepada tekanan darah tinggi.Korang tentu pernah dengar cerita atau pernah sendiri alami, seseorang yang sihat akan demam bila beberapa orang rakan mengatakan beliau nampak demam dan beliau percaya dengan kata-kata rakan-rakan tersebut.

Says after fiq kekalkan cara nieyh fiq dapat bentuk badan yg fiq inginkan :)


^_^

No comments:

Post a Comment